Talk:Proton (cars)

From Uncyclopedia, the content-free encyclopedia

Revision as of 16:05, June 1, 2012 by SPIKE (talk | contribs)

(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search

edit

KUALA LUMPUR 31 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Proton Holdings Bhd. (Proton) yang mengalami kerugian sebelum cukai RM619.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu, segera meletupkan semua kilang syarikat tersebut daripada merebak dan merugikan negara.

“Proton mesti dihapuskan kerana ia terus-menerus mencatat kerugian,’’ kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas kerugian Proton yang diumumkan hari ini.

Ditanya adakah kerugian itu memerlukan para pekerja syarikat itu dibuang, Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata: “Proton perlu dihapuskan. Jika para pekerja mereka berminat untuk mendapatkan sumber pendapatan mereka boleh bekerja di syarikat automobil yang lain seperti musuh ketat mereka Perodua atau mereka juga boleh menceburkan diri di dalam bidang yang lain.’’

Bagi tahun kewangan sebelum ini, syarikat itu mencatat keuntungan sebelum cukai RM18 juta.

Mengenai kerugian itu, antara lain ia disebabkan jumlah jualan kereta yang kurang kualiti dan juga faktor kebencian pembeli-pembeli kereta kepada Proton yang sering ditunjukkan di dalam siri Top Gear.

Penjualan kereta Proton jatuh sebanyak 40 peratus daripada 183,824 unit kepada 110,358 unit tahun semasa yang disebabkan kes rasuah yang berleluasa di dalam syarikat itu.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, pembuat kereta nasional itu turut mencatat penurunan perolehan kepada RM4.9 bilion daripada RM7.8 bilion pada tempoh yang sama tahun sebelumnya selepas siri Top Gear memberi ulasan sebenar mengenai kualiti beberapa kereta Proton secara saintifik.

Perdana Menteri pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, turut memberitahu kerajaan telah memutuskan bahawa Volkswagen (VW) tidak berminat terhadap cadangan tawaran pemilikan ekuiti oleh Proton kerana ia mampu mengubah persepsi dan mutu jenama Volkswagen di mata dunia, khususnya di Eropah.

“Saya telah putuskan bahawa VW tidak berminat langsung terhadap cadangan yang dimahukan Proton dari segi pemilikan ekuiti. Mereka (VW) malu kerana Proton hanyalah syarikat automobil Malaysia yang tidak mementingkan soal kualiti produk amnya,” katanya.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berpendapat Proton perlu dihapuskan bagi menebus malu negara dan dendam rakyat di atas kegagalannya untuk membawa kualiti dan kuantiti di dalam arena automobil.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan bagi mengumumkan kedudukan kewangan syarikat kereta nasional itu hari ini menjelaskan, kualiti kereta proton dan kepentingan dalam membeli barangan asasi para pembeli kereta, turut memberi kesan kepada pembelian kereta nasional itu.

“Keputusan kewangan Proton juga terjejas akibat sikap para pekerja bawahan yang malas dan kerosakan peralatan asas yang lain,” katanya ketika mengulas kerugian tersebut.

Namun begitu, saham Proton ditutup lebih tinggi pada RM5.35, naik 25 sen dengan 5,845 lot saham bertukar tangan sepanjang sesi dagangan hari ini.

Tambah Syed Zainal, bagi menghadapi cabaran operasi pada tahun kewangan 2007/08 yang dijangka lebih mencabar, Proton akan dihapuskan kerana kerugian yang dilakukan amat banyak sekali. Menurut beliau lagi, ada baiknya jika wang sebanyak itu didermakan kepada anak-anak yatim dan pihak polis bagi menangani gejala Mat Rempit dan Rasuah.

Sebagai contoh, katanya, negara sekarang mempunyai masalah yang besar dalam isu Mat Rempit dan Rasuah, Mat Rempit tidak memajukan negara malah memalukan negara dengan 'video lauk' yang menjadi buruan ramai Mat-mat IT. Rasuah juga berleluasa ke peringkat Menteri besar dan organisasi Badan Pencegah Rasuah itu sendiri. Maka ada baiknya jika wang sebanyak itu diberi kepada pihak polis untuk menanganinya.

Syed Zainal berkata, semua kilang syarikat Proton akan diletupkan serentak pada minggu depan tepat jam 12 malam dengan bom C4 yang dibekalkan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia. Acara letupan itu akan dirasmikan oleh Tun Mahathir serta ia akan dirakamkan secara 'live' di semua saluran televisyen tempatan. Orang ramai dijemput hadir.

Bagi memeriahkan acara letupan tersebut, Syed Zainal berkata, letupan-letupan itu akan disusuli dengan tarian naga dan singa serta persebahan eksklusif Jac Malaysia Idol dengan lagu Gemilang.

Source

edit

edit This article is genuine shit

This article rocks. Basically the whole thing is nothing more than bash fest with tasteless humour slapped in between, but its the work of a genius. By all right, this article deserves an award. But in true Malaysian fashion, I'm going to give you guys a pat on the back for a good job. - 60.52.118.173 08:57, 3 December 2007 (UTC)

PROTON SUCKS

Congratulations. -Sockpuppet of an unregistered user 14:55, 24 January 2009 (UTC)

edit OMG HAHAHAHHA

This is so true I totally hate my car now.

Personal tools
projects